Tajuk : Langkah-langkah Pendaftaran Akaun Bank CIMB dan
Akaun CIMB CLICKS
Tarikh : 08. 09. 2014
Seksyen : 6
Pengajar : Profesor Madya Miswan Bin Surip
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera
Untuk memulakan perbankan internet dalam sesebuah bank,
seseorang itu harus memiliki sekurang-kurangnya satu akaun di bank tersebut.
Berikut adalah langkah-langkah membuka akaun.
Langkah 1 : Membuka Akaun Bank
- Pemohon menyatakan ingin membuka akaun bank di kaunter pertanyaan.
- Pemohon akan diminta untuk memberikan kad pengenalan dan membuat pengesahan cap jari.
- Selepas proses pengesahan kad pengenalan, pemohon akan mendapat maklumat MyKad pemohon serta diminta untuk mengambil nombor giliran untuk ke kaunter perkhidmatan.
- Kaunter Perkhidmatan
- Setelah giliran pemohon tiba, pemohon akan ke kaunter perkhidmatan untuk membuat pengesahan maklumat pemohon.
- Terdapat beberapa borang yang perlu ditandatangani pemohon antaranya ialah borang pengakuan, borang terma dan syarat, dan lain-lain.
- Pemohon diminta untuk menunggu pengesahan daripada pihak atasan sebelum diberikan nombor akaun bank.
- Setelah menerima nombor akaun bank, pemohon perlu ke mesin deposit tunai untuk mendepositkan RM 250 untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank tersebut.
- Kaunter Penerimaan Kad ATM
- Nama pemohon akan dipanggil untuk penerimaan kad ATM.
- Di kaunter penerimaan kad ATM, pemohon akan menandatangani di sebelah belakang kad tersebut.
- Selesai menandatangani kad bank tersebut, pemohon akan diberi satu siri nombor keselamatan (pin number).
- Jika pemohon berhasrat untuk menukar nombor keselamatan (pin number) tersebut, pemohon perlu ke mesin ATM untuk menukar nombor keselamatan (pin number) tersebut dengan nombor pin baru.
kad CIMB
Langkah 2 : Membuat Perbankan Internet
- Membuat e-pin
- Pemohon memerlukan e-pin sebelum mendaftar untuk melakukan perbankan internet. Oleh itu, pemohon perlu ke mesin ATM untuk membuat e-pin .
- Di mesin ATM, pemohon perlu mengikut kaedah berikut: [ Lain-lain -> CIMB Clicks -> CIMB Clicks e-Pin ]
- Kemudian, pemohon akan diminta untuk memasukkan nombor e-pin yang pemohon inginkan. [ PERHATIAN : Nombor e-pin tidak boleh sama dengan nombor pin ATM ]
- Setelah memasukkan nombor e-pin dan mengesahkannya, pemohon perlu memasukkan nombor telefon pemohon untuk penerimaan alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks .
mesin ATM CIMB
- Membuat Akaun Perbankan Internet
- Pemohon perlu pergi ke laman sesawang CIMB Clicks iaitu " http://www.cimbclicks.com.my/ "
Laman Web CIMB Clicks
2. Klik pada 'Online Registration'. Kemudian akan
keluar satu tetingkap, klik pada kotak hitam yang terpapar tulisan 'Register
Now'.
3. Kemudian akan terpapar satu tetingkap baru seperti di bawah ini. Pemohon dikehendaki mengisi :
- nombor kad ATM (berada di hadapan kad)
- nombor pin ATM
- menaip semula perkataan yang terpapar di skrin.
- pemohon perlu klik pada terma dan syarat CIMB.
4. Pemohon perlu membuat :
- ID CIMB Clicks
- kata laluan
- alamat e-mel pemohon
- menaip 'secure word'
- klik butang 'Continue' untuk menghantar maklumat pemohon klik pada butang 'Clear' untuk mengosongkan kawasan ruang maklumat yang telah diisi.
5. Pemohon telah berjaya membuat akaun CIMB Clicks. Pemohon perlu klik pada kotak merah yang terpapar 'Proceed to Login'.
6. Pemohon dikehendaki mengisi ruang 'User ID' dan klik butang 'Submit'.
7. 'SecureWord' pemohon akan terpapar. Untuk memastikan itu adalah milik pemohon, pemohon perlulah memasukkan 'Password' pemohon.
8. Pemohon perlu klik pada kotak yang terpapar 'Proceed to Homepage' untuk meneruskan proses permohonan.
Langkah-langkah membuka akaun bank CIMB serta perbankan internet di CIMB telah tamat. Pemohon boleh mengubah dan memperbaharui maklumat pemohon di laman sesawang CIMB Clicks dengan mudah. Terdapat pelbagai servis sediakan oleh CIMB yang dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna CIMB, antaranya ialah pemindahan wang simpanan, pembayaran bil, dan juga kad tambah nilai prabayar. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak bank CIMB sangat mudah digunakan serta dapat banyak membantu pengguna.
No comments:
Post a Comment